VISI

Untuk menyediakan penyelesaian kesihatan patuh syariah yang terkemuka.

 

MISI

- Menyediakan produk yang halal, sihat dan berkualiti untuk memperkayakan kehidupan.
- Menambahbaik kualiti usahawan dengan menyediakan sistem kejayaan dan panduan untuk masa depan yang lebih baik


NILAI TERAS

'PRIHATIN, BERTANGGUNGJAWAB, BERKOMITMEN'

Ketiga-tiga tonggak ini merupakan nilai teras AESB. Tiga nilai teras ini bertindak sebagai asas bagi AESB menjalankan kegiatan dan mencapai visi dan misi syarikat. Ia juga berfungsi sebagai pemangkin budaya berasaskan semangat kekeluargaan yang juga menekankan kerja keras, dedikasi dan pencapaian tinggi. Secara ringkasnya:
Logo Ana Edar

PRIHATIN

Nilai ini mengakui keperluan manusia sejagat untuk merasa disayangi dan dijaga. Subjek nilai ini adalah orang yang berkaitan dengan perniagaan, termasuk rakan sekerja, ejen, pelanggan, pembekal dan komuniti. Dengan sikap prihatin ini timbul keinginan untuk melayan semua keperluan dan kehendak pihak berkepentingan dengan cara terbaik, dan hal ini membuka jalan untuk nilai teras kedua.
Logo Ana Edar

BERTANGGUNGJAWAB

Apabila kami mengambil berat tentang keperluan orang yang terlibat dalam perniagaan dan menginginkan yang terbaik untuk mereka, akan terbit rasa tanggungjawab yang lebih besar terhadap peranan dan tugas masing-masing. Kami memahami bahawa semua kerja saling berkaitan. Usaha yang biasa akan membuahkan hasil yang basa sahaja pada akhirnya, namun jika perlaksanaannya dibuat dengan lebih baik pada setiap bahagian, makan hasilnya akan lebih memuaskan. Ini akan menimbulkan rasa tujuan dan keterlibatan yang tinggi dengan pekerjaan yang dilakukan, dan akhirnya menimbulkan kecemerlangan dan penguasaan dalam tugas masing-masing.
Logo Ana Edar

KOMITED

Nilai teras ketiga adalah rasa komitmen yang mendalam terhadap visi dan misi organisasi. Ia berfungsi sebagai kompas untuk memastikan bahawa semua bahagian organisasi diselaraskan bagi mencapai tujuan dan objektif yang sama.

BUDAYA

Budaya adalah landasan bagi membina norma dan tingkah laku setiap pekerja AESB. Sebagai syarikat yang berasaskan rasa kekeluargaan, adalah penting untuk membina keseimbangan antara hubungan harmoni dan semangat berpasukan yang berprestasi tinggi. Oleh itu, kami memupuk ikatan dan rasa kebersamaan di antara kami. Kami percaya bahawa itulah akar pasukan yang kuat, dan pada masa yang sama melakukan tinjauan prestasi yang komprehensif untuk memastikan misi dan visi organisasi tercapai. Untuk tujuan ini, budaya kami juga melatih cara komunikasi dua hala yang jelas. Kami telah menerapkan "Keluarga Ana Bahagia" sebagai motto dan berfungsi untuk mengingatkan kami bahawa pada akhirnya tujuan kami adalah untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan sebagai sebuah keluarga di dunia dan akhirat.
Anda Rania ? LOGIN